Gambaran Meriam V-3

Meriam itu menggunakan cas pelbagai propelan yang dipasang sepanjang laras meriam dan tepat waktunya untuk menyalakan api sebaik saja projektil melintasinya untuk memberikan dorongan tambahan. Penggalak (booster) roket bahan api pepejal digunakan sebagai ganti cas letupan kerana kesesuaian mereka yang lebih besar dan mudah digunakan. Ia disusun dalam pasangan simetri disepanjang laras meriam, bersudut menaik untuk melepaskan bedilannya pada pangkal projektil sewaktu ia dilintasi. Susunan ini melahirkan nama kod Jerman Tausendfüßler ("lipan"). Laras dan kebuk sampingan direka sebagai bahagian yang sama untuk mempermudahkan hasil dan membolehkan bahagian yang rosak digantikan. Keseluruhan meriam akan menggunakan pelbagai bahagian tersebut yang digerakkan bersama. Meriam laras licin (smoothbore) membedil peluru bersirip stabil yang bergantung pada tenaga aerodinamik dan bukannya tenaga giroskopik untuk mencegah jatuh kebawah (berbeza dari senjata rifel konvensional yang menyebabkan projektil berputar); ini menghasilkan pekali seret yang lebih rendah.[5]

Rujukan

WikiPedia: Meriam V-3 http://www.astronautix.com/lvs/v3.htm http://www.route-3945.com/modulosite2/fiche.php?id... http://maverickvedam.files.wordpress.com/2011/03/m... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k5743604f/f2 http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k75102k/f13 http://www.nat-military-museum.lu/pageshtml/museum... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... //www.worldcat.org/issn/0761-7348 http://www.fpp.co.uk/books/MaresNest/MaresNest_201... http://www.theotherside.co.uk/tm-heritage/visit/vi...